Pages

Selasa, 31 Desember 2013

Sejuta Manfaat Kelapa untuk Kecantikan Kulit

0 komentar
Jokes21.tk | Sejuta Manfaat Kelapa untuk Kecantikan KulitKELAPA sering kali dimanfaatkan untuk bahan masakan. Padahal, kelapa memberikan banyak manfaat untuk kesehatan dan kecantikan kulit. Apa saja?

Coconut palm (cocos nucifera) atau dikenal dengan kelapa berasal dari Asia Selatan, Amerika Selatan, dan India. Sedangkan Indonesia adalah negara penghasil kelapa terbesar diikuti Filipina, India, dan Brasil.

Pada Perang Dunia II, air kepala digunakan sebagai pertolongan pertama bagi tentara yang kehilangan darah. Air kelapa baik digunakan sebagai penyeimbang cairan isotonik/elektrolit (gula, fiber, protein, antioksidan, vitamin, dan mineral) karena mengandung nutrisi tinggi. Selain itu, bisa pula dijadikan minuman di daerah tropis atau sebagai minuman berenergi saat berolahraga.

Seiring perkembangan zaman, air kelapa diolah menjadi makanan ringan seperti nata de coco (sari kelapa). Santan kelapa diolah menjadi Virgin Coconut Oil (VCO) untuk kegunaan sebagai kosmetik. Dalam tradisi agama Hindu, kelapa digunakan sebagian besar untuk upacara keagamaan (doa, sesaji/persembahan). Tumbuhan ini dimanfaatkan hampir pada semua bagian sehingga dianggap sebagai tumbuhan serbaguna, khususnya bagi masyarakat pesisir. Bagian kelapa yang dapat dimanfaatkan antara lain, air kelapa, kopra, minyak kelapa, sabut kelapa, batok kelapa, dan daunnya. Sebagai makanan, kelapa mengandung karbohidrat, sedikit gula dan protein tinggi, mineral (iron, phosphorus, dan zinc). Demikian dinukil okezone dari “Martha Tilaar Beauty News”, Kamis (30/9/2010).

Sedangkan untuk digunakan sebagai kosmetik, Bali merupakan pelopor penggunaan kelapa sebagai kosmetik perawatan kulit. Di antaranya sebagai scrub/lulur badan, minyak pijat, penyubur rambut, boreh dan losion badan.

Dari penelitian, kelapa terbukti bermanfaat untuk membersihkan kulit sekaligus melancarkan peredaraan darah, menghaluskan kulit, dan memberi kelembapan. Dalam pengolahan kelapa biasanya ditambahkan bunga, essential oil atau fragrance untuk menimbulkan dan menetralkan aroma.

Sumber : okezone.com
Continue reading →

Sedih! Seorang Anak Tergamak BUNUH dan CINCANG Ibu

0 komentar
 NEW YORK -
 Seorang lelaki didakwa bertindak kejam menikam ibunya hingga mati
di New York, Amerika Syarikat.

Jurucakap polis tempatan berkata, Bashid McLean, 23, dipercayai anak kepada wanita berkenaan turut memotong bahagian anggota mangsa menjadi bahagian kecil.

“Mayat Tanya Byrd, ditemui berhampiran Stadium Yankee di Bronx selepas sekumpulan anjing mengerumuni cebisan anggota mangsa," katanya.

Menurutnya, terdapat beberapa bahagian tubuh, kepala, kaki, tangan dan kaki dijumpai.

Beliau berkata, seorang individu diburu dipercayai mempunyai kaitan dalam pembunuhan kejam itu.

“Motif  pembunuhan belum diketahui tetapi lelaki berkenaan dilaporkan mempunyai masalah mental dan pernah bertindak agresif,” katanya.

Media tempatan melaporkan, kakak Byrd sebagai berkata, adiknya berang selepas dipaksa tinggal di pusat penjagaan mental manakala ibunya pula mempunyai masalah ketagihan dadah.
Sumber
Continue reading →
Senin, 30 Desember 2013

Meninjau Kubur Dalam Taman Raudhatul Sakinah

0 komentar
Meninjau Kubur Dalam Taman Raudhatul Sakinah


KUALA LUMPUR – Pelaksaan projek Raudhatul Sakinah atau Kubur Dalam Taman oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada bulan Julai lalu memberikan kemudahan yang kondusif kepada umat Islam khususnya yang menetap di Wilayah Persekutuan.
Projek itu merupakan tanggungjawab yang digalas oleh JAWI bagi memastikan pentadbiran dan pengurusan tanah perkuburan Islam di Wilayah Persekutuan dijaga, diselia dan ditadbir dengan baik dan sempurna.
Pengarah JAWI, Datuk Che Mat Che Ali, projek tanah perkuburan itu merupakan projek pertama yang dijalankan di Malaysia dan di dunia.
Justeru, katanya, tanah perkuburan itu harus dijaga dengan baik supaya memudahkan umat Islam yang ingin menguruskan proses pengebumian ahli keluarga.
“Projek Raudhatul Sakinah ini merupakan projek yang seumpamanya pertama diadakan di Malaysia dan di dunia.
” Ia sudah hampir empat bulan beroperasi sejak dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 20 Julai lalu.
“Malah, projek untuk menaik taraf ke fasa yang berikutnya juga akan dilaksanakan demi memastikan pengurusan jenazah dan penjagaan tanah kubur dijaga dengan elok dan rapi,” kata Che Mat ketika meninjau perjalanan Raudhatul Sakinah di Tanah Perkuburan Jalan Kuala Lumpur-Karak, di sini hari ini.
Selain itu, Che Mat menerangkan umat Islam yang meninggal dunia akan dikebumikan di Raudhatul Sakinah sekiranya mereka adalah penduduk yang bermaustatin di Wilayah Perseketuan.
Segala perbelanjaan untuk menguruskan jenazah adalah diberikan secara percuma tanpa ada bayaran tambahan.
Tambahnya lagi, terdapat tiga golongan yang sering dikebumikan di Raudhatul Sakinah.
“Golongan yang sering dikebumikan di sini adalah jenazah bayi atau kanak-kanak yang tanpa pengenalan diri, gelandangan yang tiada waris, dan jenazah yang berpenyakit teruk yang tidak diterima di kawasan perumahannya.
” Jadi, mereka akan kita ambil dan dikebumi di Raudhatul Sakinah,” katanya.
Meninjau Kubur Dalam Taman Raudhatul Sakinah
Untuk memberikan manfaat dan keberkesanannya konsep kubur dalam taman, Che Mat juga menyeru agar negeri-negeri lain turut mengambil inisiatif yang sama mengendalikan tanah perkuburan dengan cara yang efisyen.
Tanah kubur ini juga, katanya, terbuka untuk lawatan.
Dalam pada itu, bagi memudahkan umat Islam mendapatkan maklumat berkenaan tanah perkuburan Islam di Wilayah Persekutuan dan mencari lot kubur oleh waris, JAWI menyediakan laman e-Pusara untuk kepada orang ramai.
Ia bertujuan untuk memberikan maklumat yang lebih terperinci kepada umat Islam yang masih tidak tahu mengenai kewujudan dan konsep kubur dalam taman.
Ini kerana segala data dan maklumat umat Islam yang telah meninggal dunia bermula dari tahun 1990 telah direkodkan ke dalam Sistem e-Pusara yang dikebumikan di Raudhatul Sakinak KL-Karal dan Raudhatul Sakinah Bukit Kiara 1.
Umat Islam boleh mendapatkan maklumat mengenai e-Pusara dengan lebih terperinci di www.epusara.jawi.gov.my.
Untuk rekod, terdapat 46 buah tanah perkuburan Islam di Wilayah Persekutuan dan sebanyak 21 buah daripadanya terletak di Wilayah Persekutuan dengan keluasan sebanyak 74.23 hektar.
Manakala yang selebihnya pula terdapat 6 buah tanah perkuburan Islam masih belum dibangunkan dengan keluasan 22.19 hektar, dan di Wilayah Persekutuan Labuan ( 42.1023 hektar) serta Wilayah Persekutuan Putrajaya (47.43).
Terdapat tiga tanah perkuburan Islam yang diseliakan dan diuruskan oleh JAWI buat masa ini iaitu di Raudhatul Sakinah Kuala Lumpur-Karak, Raudhatul Sakinah Bukit Kiara 1, dan Raudhatul Sakinah Bukit Kiara 2.
Pembinaan ketiga-tiga tanah kubur dalam taman itu menelan belanja hampir RM10 juta.
Perbelanjaan sebanyak RM4.5 juta lagi akan digunakan untuk menaik taraf Raudhatul Skainah bagi fasa yang ke-2 pada Januari tahun hadapan.
Oleh: NAIMAH SHAARI
Foto: YUMNI HARUN
Continue reading →

TV Pendidikan Israel Mengajar Kanak Kanak Israel Untuk Membenci Islam

0 komentar

1996,Televisyen Israel (Yahudi) Channel 1 pernah menyiarkan rancangan TV Pendidikan dimana guru mengajar anak muridnya menyanyi dengan diiringi sebuah piano, lirik lagunya adalah:

“Makanan paling sedap daging orang Arab, minuman paling sedap darah orang Islam”
Ya, itulah yang tertulis pada subtitle rancangan tersebut.


Kanak-kanak semuda 3 dan 4 tahun, diajar menyanyikan lagu tersebut dengan penuh keceriaan dan kegembiraan.
  

Gambar di ATAS adalah ’surat cinta’ kanak-kanak Yahudi yang menjalani proses pembelajaran yang sama. Mereka melakar ‘mesej cinta’ itu pada peluru dan bom yang bakal dihantar kepada penpal mereka di seberang sempadan.

 
Gambar di atas ini pula kanak-kanak palestin yang terpaksa dilatih menjadi pejuang tanahair sejak kecil.

Dari balik tembok, anak-anak Yahudi ini mengucapkan “salam” kepada rakan Palestin dan Lebanon mereka, moga dipanjangkan usia, bukan di dunia, tapi di alam kematian yang hitam.

sumber: http://cintaalaqsa.blogspot.com
Continue reading →

Justin Timberlake Mahu Kurangkan Tabiat Berjudi

0 komentar

PENYANYI Justin Timberlake berazam untuk mengurangkan tabiat buruknya iaitu suka berjudi.

Timberlake berkata, dia sukar untuk berhenti kerana pernah memenangi kemenangan-kemenangan besar.

“Saya cuba untuk mengurangkan kegiatan judi, ia bukan sesuatu yang mudah kerana saya pernah memenangi kemenangan besar,”

“Bagaimanapun saya juga pernah kalah teruk di sebuah kasino dan ia menjadi hari malang bagi saya,” katanya seperti dipetik Dailystar.co.uk.

Timberlake juga baru-baru ini memainkan peranan seorang pelajar yang terlibat dalam dunia perjudian dalam filem Runner Runner. – mStar
Continue reading →
Minggu, 29 Desember 2013

Hormatilah Ibu Sekalipun Berlainan Agama

0 komentar
Salam 1 Malaysia,



Hari ini Fadah nak share dengan anda semua tentang serba sedikit mengenai keagamaan. Kadang-kadang dalam mencari keseronokan dunia kita lupa tentang kehidupan akhirat. Kita kena seimbangkan kehidupan dunia dan akhirat. Jom baca pesanan hadith untuk renungan bersama.

Hadith:

DARI Asma binti Abu Bakar r.a katanya:"Ketika terjadi genjatan senjata dengan kaum Quraisy, ibuku yang ketika itu masih musyrik datang kepadaku.

Lalu aku meminta izin Rasulullah SAW dengan berkata:"Ya Rasulullah! Ibuku datang kerana beliau rindu padaku. Bolehkah aku menemuinya?"Jawab Rasulullah SAW,"Ya boleh! Berjumpalah dengan ibumu."

Riwayat Muslim


Huraian Hadith:

1. Di dalam Islam suami dan ibu mempunyai kuasa yang besar. Kuasa suami ke atas isteri dan kuasa ibu ke atas anak-anak. Seseorang itu akan dimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi.

2. Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: "Syurga itu di bawah tapak kaki ibu". Oleh itu anak-anak harus menumpahkan kasih sayang kepada orang tua mereka sekalipun mereka kafir dan ingkar terhadap Allah. Hal ini disebabkan ibu bapa adalah berhak mendapat penghormatan daripada anak-anak.

3. Anak-anak harus mentaati ibu bapa mereka yang beragama Islam dalam urusan hidup yang tidak bertentangan dengan Islam. Islam melarang keras anak-anak mencela atau memarahi ibu bapa dengan bahasa yang kasar tetapi haruslah menasihati mereka dengan baik dan sopan.

Continue reading →

Orang Pahang Jangan Risau Walau Banjir Sebab…

0 komentar

Maafkan kami kerana berkongsi status ini tapi kami rasa ia telah berjaya menceriakan petang Rabu yang agak mendung ini.

Seorang pengguna Facebook, Firdaus Abdillah Hamzah telah membuat lawak apabila memuatnaik status berbunyi:


“Aku baru dapat info ni. Orang Pahang semua jangan risau jangan susoh hati. Piala Malaysia kita telah disimpan di tempat tinggi supaya tak hanyut ke Johor.”

Kepada pembaca terutama orang Johor, jangan skeptikal atau terasa hati ya.

Sebagai orang Pahang yang mungkin sedang gusar dengan nasib orang kampungnya yang sedang mengalami banjir, Firdaus cuma berlawak dan kami percaya, beliau memang kelakar orangnya. – REM RAMZI
Continue reading →
Sabtu, 28 Desember 2013

Suami isteri hidup atas lori

0 komentar




Mereka terpaksa hidup diatas lori kerana kesempitan
hidup....
 .borakkosong.
Continue reading →

Yasin diugut bunuh video Reformasi undang kontroversi

0 komentar


KUALA LUMPUR - GARA-gara sebuah video nyanyian bertajuk “Reformasi” yang dimuat naik ke laman YouTube, penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman, 39, diugut dengan ancaman bunuh oleh dua individu melalui laman berkenaan.

Komen yang berbunyi, “Yassin ni patut dibunuh jer.. “ dan “Aku kalau jumpa si Yassin ni kat luar comfirm aku pijak-pijak kepala dia sampai lumat” didapati dibuat pada awal malam semalam selepas kira-kira dua minggu video itu dimuat naik.

Yasin berkata, ugutan bunuh yang diterima melalui video lagunya itu membuktikan ada pihak tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakan medium sosial tersebut.

“Perselisihan pendapat adalah perkara biasa dan sebelum ini saya pernah menerima pelbagai pandangan negatif. Namun ugutan bunuh adalah perkara serius.

“Saya tidak pasti sejauh mana seriusnya ugutan yang dibuat itu, namun saya tidak akan berdiam diri jika ia berterusan selepas ini,” katanya kepada wartawan ketika ditemui di pejabatnya di Kota Damansara, semalam.

Justeru itu, Yasin memberi amaran kepada pengunjung laman sosial agar tidak sewenang-wenangnya meninggalkan komen berunsur ugutan dan fitnah terhadapnya sebelum dia mengambil tindakan undang-undang.

“Sekiranya saya silap dalam penulisan, kita boleh dialog, boleh mengkritik dengan platform yang betul. Bukan dengan ugut-mengugut begini.

“Saya harap individu terbabit berhentilah daripada melakukan perkara begini kepada sesiapa pun. Kebebasan bersuara perlu digunakan untuk kebaikan bukan untuk mengugut dan mencaci orang lain,” katanya kesal dengan perkara itu.
Continue reading →
Jumat, 27 Desember 2013

Pelakon Jelita Bollywood Dirogol Punca Bunuh Diri

0 komentar

Fakta baru penyebab pelakon jelita Bollywood, Jiah Khan menggantung diri akhirnya terungkai. Beliau membunuh diri setelah diperkosa kekasihnya Suraj Pancholi hingga hamil.

Bukti tersebut terungkap apabila pihak berkuasa yang menyiasat kes tersebut telah menjumpai enam helai surat tulisan Jiah Khan sebelum beliau menggantung dirinya.

Dalam surat tersebut, Jiah mendedahkan masalah yang dialaminya. Beliau mendakwa telah diperkosa oleh kekasihnya sendiri sehingga hamil dan mahu gugurkan kandungan tersebut.

Antara petikan dari surat tersebut berbunyi:

"Hari ini aku tidak nampak cahaya dan tidak mahu bangun. Pernah aku nampak masa depanku bersama kamu. Tapi kau hancurkan impianku. Aku seperti sudah mati. Aku tidak pernah berkorban diriku untuk orang yang aku paling sayangi. Kau membalasnya dengan penipuan.Sudah tidak bermakna lagi hadiah yang kau berikan atau betapa cantiknya diriku pada pandanganmu. Aku sangat takut pabila diriku hamil. Tetapi aku cuba harungi segala kesakitan yang disebabkan oleh kau walaupun ianya memusnahkan kehidupanku sedikit demi sedikit. Aku tidak lalu makan, tidur atau berfikir. Aku mahu keluar dari dari penyeksaan ini. Karier ku juga musnah keranamu…"

Jiah mahu kandungannya itu selamat dilahirkan, namun Pancholi tida mahu bertanggungjawab dan terus mengelak dari bertemunya. Lantas kerana tidak tahan dengan tekanan, beliau memilih untuk gugurkan kandungan tersebut.

Ibu Jiah tidak tahu mengenai masalah yang dihadapi anaknya malah terkejut apabila membaca surat yang menghiris perasaan itu.
Continue reading →

“Saya Sentiasa Berfikiran Positif” – Rajagobal

0 komentar

PETALING JAYA – Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal berkata beliau sentiasa berpandangan positif mengenain kritikan yang diterimanya sepanjang mengendalikan skuad berkenaan sejak 2009.

Jurulatih berusia 57 tahun itu yang bakal menamatkan tugas rasminya pada 31 Dis ini berkata, kritikan yang dilemparkan oleh sesetengah pihak terutamanya mengenai taktikal beliau di atas padang merupakan satu cara untuk beliau memantapkan pasukan bola sepak negara.

“Sebagai peminat, mereka boleh mengkritik tetapi bagi saya bukan mudah untuk mengendalikan skuad kebangsaan namun saya mengambil positif mengenai segala pandangan mereka.

“Saya akui tidak semua pemain di bawah saya dapat mengekalkan konsistensi masing-masing sepanjang masa,” katanya kepada pemberita pada sidang media khas di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya di sini hari ini.

Jawatankuasa Eksekutif FAM yang bermesyuarat pada 24 Nov lepas memutuskan untuk tidak menyambung kontrak Rajagobal yang berakhir pada 31 Dis ini dan tugasnya diambil alih oleh pengendali sementara, Datuk Ong Kim Swee yang merupakan jurulatih Harimau Muda A (bawah 23 tahun).

Rajagobal berkata beliau masih berkeyakinan bahawa skuad Harimau Malaya mampu melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia walaupun skuad berkenaan menduduki tangga ketiga pusingan kelayakan kumpulan D ketika ini.

“Setiap kali kita beraksi di tempat sendiri atau tempat lawan, saya sentiasa meletakkan keyakinan yang tinggi kepada para pemain untuk mencatatkan kemenangan positif,” katanya.

Pada masa yang sama, Rajagobal berharap Kim Swee yang bakal menggantikan tempatnya mampu melonjakkan prestasi skuad Harimau Malaya.

“Terpulang kepada beliau untuk merangka hala tuju pasukan kebangsaan selepas ini dan saya harapkan beliau dapat memberikan yang terbaik kepada pasukan negara,” katanya.

Menyentuh mengenai masa depannya, Rajagobal berkata beliau ingin berehat bersama keluarga sebelum memulakan langkah baharu dalam kerjaya bola sepaknya.

“Setakat ini, saya belum menerima tawaran rasmi daripada mana-mana pasukan (dalam atau luar negara). Sudah tentunya, saya tidak boleh katakan tidak sekiranya saya menerima sebarang tawaran selepas ini,” katanya yang menyatakan kesediaan untuk kembali membimbing skuad Harimau Malaya pada masa depan. – BERNAMA
Continue reading →

Reporter TV Terbunuh Ketika Membuat Meliputan

0 komentar

  detikNews
 
Bashar al-Assad (AFP)
Damaskus, - Seorang reporter stesyen televisyen pemerintah Syria terbunuh ketika sedang meliput serangan tentera di kota Qusayr, Syria. Kota tersebut merupakan salah satu kota strategis Syria yang menjadi benteng pertahanan para pemberontak.

"Kementerian Penerangan  mengumumkan bahawa rakan Yara Abbas telah masuk dalam jajaran para martir, terbunuh oleh para teroris  dekat Lapangan Terbang Dabaa di sebelah utara Qusayr," demikian disampaikan pihak TV Al-Ikhbariya seperti dilansir kantor berita AFP, Isnin (27/5/2013).

Rezim Syria selama ini menyebut para pemberontak yang memerangi pemerintah sebagai para teroris yang didukung pihak-pihak asing.

Kelompok pemantau HAM Syria, Syrian Observatory for Human Rights juga melaporkan kematian Abbas tersebut. Disebutkan bahawa wanita itu terbunuh oleh seorang penembak tepat (sniper)   dekat Lapangan Terbang Dabaa. Disebutkan pula bahawa sejumlah rakan Abbas juga terluka. Namun Observatory tidak menyebutkan lebih detail.

Tentera Syria telah mulai melancarkan serangan ke kota Qusayr sejak 19 Mei lalu. Dalam operasi tersebut, pasukan Syria didukung oleh para pejuang kelompok militan Libanon, Hizbullah.

Kota Qusayr di provinsi Homs tersebut dipandang sebagai kota kunci oleh para pemberontak dan rezim Presiden Syria Bashar al-Assad. Hal ini tak lain disebabkan lokasi kota tersebut yang terletak dekat perbatasan Libanon.
Continue reading →
Kamis, 26 Desember 2013

Iklan Yang Sangat Unik Dan Kreatif

0 komentar

31 Dis 2012
Pemasang iklan apa bentuknya, sering hanya mentargetkan iklan tersebut dapat dilihat oleh orang banyak dan akan membekas di hati orang yang melihatnya. Untuk itu para desainer iklan membuat agar iklan yang dibuatnya  dapat terlihat semenarik mungkin dan unik, kadang berupa gambar yang penuh manipulasi atau kata-kata unik yang singkat tapi dapat mewakili sebuah pesan yang disampaikan oleh pemasang iklan.

Seperti iklan-iklan dibawah ini, berupa gambar unik yang tentu akan membuat siapapun yang melihatnya berfikir sesuatu tentang iklan tersebut, setelah target iklan berfikir sesuatu tentu dia akan berusaha untuk mencari jawabannya, dalam proses pencarian jawaban tersebut orang akan berfikir dan mengingat iklan tersebut dan itulah yang diinginkan oleh para pemasang iklan.
Iklan Yang Sangat Unik Dan Kreatif

Iklan Yang Sangat Unik Dan Kreatif

Iklan Yang Sangat Unik Dan Kreatif

Iklan Yang Sangat Unik Dan Kreatif

Iklan Yang Sangat Unik Dan Kreatif

Iklan Yang Sangat Unik Dan Kreatif

 sumber
Continue reading →

Video Range Rover Silap Laluan Di Federal Highway

0 komentar
Range Rover

Tidak pasti sama ada pemandunya tersilap masuk jalan atau terlupa hari ini dia memandu kereta bukannya menunggang motosikal – tapi sebuah Range Rover putih telah direkod memasuki laluan motosikal di lebuhraya Federal.
Di satu simpang, pemandu Range Rover tersebut dilihat membrek kenderaan, mungkin cuba untuk memasuki semula laluan betul lebuhraya di sebelah namun membatalkan hasrat setelah dihon apatah lagi simpang keluar terlalu kecil.
Justeru perjalanan diteruskan sampailah dia menemui simpang keluar. Kiranya, agak jenuh jugalah beberapa pengguna motosikal terpaksa akur berada di belakang Range Rover tersebut yang telah memenuhi jalan.
Kepada para pemandu, pastikan tumpuan anda tidak terganggu di jalanraya. Jika perkara sebegini berlaku ia pasti mengundang panik dan malu bukan? Mujur tak sangkut kat dalam terowong!
Oleh: REM RAMZI
Continue reading →
Rabu, 25 Desember 2013

5 Hewan di Dunia Hasil Kloning

0 komentar

Uniknya 5 Hewan di Dunia Hasil Kloning

Hewan kloning merupakan hewan yang dibuat melalui proses menghasilkan individu-individu, melalui proses reproduksi asesksual, dari jenis yang sama yang identik secara genetik. Kloning telah mengalami kemajuan yang sangat pesat. Salah satu "korban" kloning dilakukan pada hewan dan terbukti berhasil. Berikut adalah 5 Hewan di Dunia Hasil Kloning

1. Tikus bernama Cumulina
Photobucket
Cumulina merupakan yang pertama dari 50an tikus identik sepanjang tiga generasi yang dibuat di Universitas Hawai pada tahun 1998.Hewan kloning tersebut dinamakan Cumulina karena dia dibuat dari DNA sel-sel kumulus yang mengelilingi telur yang sedang berkembang pada indung telur tikus betina.Cumulina merupakan hewan pertama yang dikloning dari sel-sel dewasa yang bertahan hingga masa dewasa dan menghasilkan dua seperindukan sehat.

2. Injaz
Photobucket
Pada April 2009, Injaz yang artinya penghargaan, menjadi unta pertama yang dihasilkan dari proses kloning.  Injaz adalah unta betina yang mempunyai satu punuk.  Ia lahir pada tanggal 8 April 2009 di Dubai.   Perdana mentri uni emirat Arab, Sheikh Mohammed bin Rashid al-Maktoum yang juga dikenal karena giat di pacuan kuda, menginvestasikan dananya kepada Camel Reproduction Center. Sebelum disembelih, peneliti dari Camel Reproduction Center mengambil DNA induk dari Injaz dan menyuntikannya ke dalam sel telur pengganti.  Kloning unta ini sangatlah penting, dikarenakan besarnya bisnis pacuan unta yang ada di Dubai.

3. Idaho Gem
Photobucket
Kelahiran Idaho Gem dirayakan sebagai kloning bagal pertama, keturunan keledai hasil peranakan kuda jantan dan keledai betina.  Dr. Gordon Woods dan Dr. Dirk Vanderwall dari Northwest Equine Reproduction Laboratory di University of Idaho dan Dr. Ken White dari Utah State University adalah orang di balik kelahiran Idaho Gem.  Penelitian ini dibiayai oleh pengusaha dari Idaho yaitu Don Jacklin.  Don Jacklin adalah presiden untuk American Mule Racing Association.Penelitian tersebut melahirkan 2 bagal, yaitu Idaho Gem dan Idaho Star.  Mereka dipersiapakan untuk menjadi bintang di pacuan bagal tersebut.  Bintangnya di sini adalah Idaho Gem, yang mengoleksi masing-maisng 2 kali juara pertama, kedua dan keempat di perlombaan pertamanya.

4. Kucing Bernama CC 
Photobucket
CC atau Carbon Copy yang lahir pada tahun 2001 merupakan hewan peliharaan pertama yang dikloning. 
Para ilmuwan berharap bahwa menciptakan carbon copy kucing bisa menawarkan jutaan pemilik piaraan kesempatan untuk membangkitkan hewan peliharan kesayangan keluarga.Namun walaupun Rainbow yang merupakan kucing orisinil bertubuh gemuk dan memiliki warna putih dengan bintik-bintik coklat, coklat muda dan keemasan, CC bertubuh ramping dengan warna putih dan belang abu-abu. Lebih lagi, kedua kucing tersebut memiliki sifat berbeda, Rainbow pendiam tapi CC suka bermain.

5. Kambing bernama Dolly
Photobucket
Dolly, seekor kambing betina, pernah menjadi seorang bintang dalam media.  Ketenarannya dimulai pada Juli 1996, pada saat Dolly menjadi hewan mamalia pertama yang dihasilkan dari proses cloning dari sel somatic dewasa.  Adalah Ian Wilmut dan Keith Campbell, peneliti dari Institute Roslin di Scotlandia, yang mengeksekusi proses cloning ini. Dolly pun melahirkan 6 ekor kambing hasil perkawinannya dengan kambing Welsh Mountain.  Dolly hanya berumur 6 tahun dan menurut peneliti, saat Dolly lahir dia umurnya sudah sama dengan umur kambing pendonor sel somatic tersebut.

Continue reading →

5 Karya Unik anti Gravitasi

0 komentar
Gravitasi merupakan bagian terpenting dari kehidupan kita, sebuah ketentuan yang memengaruhi pola kehidupan manusia di dunia. Adalah Sir Isaac Newton seorang ahli fisika dan matematika asal Inggris yang memublikasikan teori gravitasinya. Ia mengatakan bahwa matematika adalah cara untuk menjelaskan hukum-hukum alam seperti gravitasi, dan membuat beberapa rumus untuk menghitung ‘pergerakan benda’ dan ‘gravitasi bumi’. Teorinya tersebut sangat mempengaruhi perubahan dan kemajuan teknologi serta ilmu pengetahuan dair zaman ke zaman. Tapi bagaimana kalau orang menciptakan karya yang justru melawan gravitasi,berikut 5 Karya Unik anti gravitasi:


1. Rumah anti gravitasi
Pernahkah Anda melihat rumah yang bisa berputar setiap jamnya? Atau bahkan Anda tidak tahu mana atas dan mana bawah? Semuanya serba tanpa menganut hukum gravitasi, Anda akan merasakan perubahan posisi yang berbeda dan berjatuhan satu sama lainnya di rumah ini. Rumah ini dibangun oleh Jimenez Lai yang terispirasi dari sebuah komik yang diciptakan Lai, Phalanstery Module. Kami sarankan jangan membawa makanan dan minuman yang terbuka ditempat ini. Wow unik bukan?
 
2. Sepatu Michael Jackson
Siapa sih yang tidak kenal dengan Michael Jackson? Tahukah Anda rahasia yang bisa membuat Michael Jackson bisa miring 45 derajat? Jawabanya adalah sepatu, Michael Jackson merancang sendiri desain sepatunya sehingga dapat melawan hukum gravitasi dan dapat mengendalikan tubuh sesuai keinginannya hingga kemiringan 45 derajat. Bener-bener Fantastis dan keren!!
 
3. Kendaraan yang mampu melawan Gravitasi
Diilhami dari film Star Wars para mahasiswa Universitas Adelaide, Australia, berhasil menciptakan sebuah kendaraan yang mampu melawan Gravitasi dengan bentuk kursi roda. Kursi itu memiliki dua roda besar, dan dinamakan Edward, yang merupakan singkatan dari Electric Diwheel With Active Rotation Damping.
Kendaraan Ini mampu menempuh kecepatan 25 mil per jam atau 40 kilometer perjam. Tak hanya itu pengendaranya pun bisa bergerak memutar, seperti sedang bermain di salah satu wahana permainan Disneyland. Kendaraan ini hanya mampu naik pada ketinggian 12 derajat saja serta kendaraan ini menggunakan tenaga listrik tapi bisa dihemat sesuai kecepatan. Benar – benar inovatif.
 
4.Cangkir yang Berdiri Miring
Pernahkan Anda mendengar cangkir yang bisa berdiri miring? Adalah Zero Gravity Cup, cangkir ini dapat berdiri miring hingga sudut 30 derajat, dan ini bukan ada di dalam permainan sulap.

Cangkir ini menggunakan rumus fisika. Cangkir ini berdiri tanpa penyangga atau penghalang sehingga benar-benar terlihat miring. Namun sayangnya cangkir ini dapat miring apabila dalam keadaan kosong. Karena jika diisi dengan teh atau kopi, kemungkinan akan tumpah, tapi setidaknya bagus untuk dekorasi rumah Anda. Keren kan.


5.Ilusi Optik Anti Gravitasi
Diciptakan oleh Koukichi Sugihara, dari Institut Meiji, Jepang. Ketika sebuah kelereng akan terlihat seperti naik dan melawan Gravitasi,karya ini telah memenangkan penghargaan sebagai Juara pertama kompetisi “2010 Illusion of the Year”

sumber
Continue reading →

Falsafah Berpuasa

0 komentar


Ternyata bukan hanya umat Muhammad yang berpuasa. Sejarah mencatat, sebelum kedatangan Muhammad, umat Nabi yang lain diwajibkan berpuasa. Ibnu Katsir dalam tafsirnya mengatakan, sejak Nabi Nuh hingga Nabi Isa puasa wajib dilakukan tiga hari setiap bulannya. Bahkan, nabi Adam alaihissalam diperintahkan untuk tidak memakan buah khuldi, yang ditafsirkan sebagai bentuk puasa pada masa itu. "Janganlah kamu mendekati pohon ini yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim". (Al-Baqarah: 35).

Begitu pula nabi Musa bersama kaumnya berpuasa empat puluh hari.Nabi Isa pun berpuasa. Dalam Surah Maryam dinyatakan Nabi Zakaria dan Maryam sering mengamalkan puasa. Nabi Daud alaihissalam sehari berpuasa dan sehari berbuka pada tiap tahunnya. Nabi Muhammad saw.sendirisebelumdiangkat menjadi Rasul telah mengamalkan puasa tiga hari setiap bulan dan turut mengamalkan puasa Asyura yang jatuh pada hari ke 10 bulan Muharram bersama masyarakat Quraisy yang lain.

Malah masyarakat Yahudi yang tinggal di Madinah pada masa itu turut mengamalkan puasa Asyura. Begitu pula, binatang dan tumbuh-tumbuhan melakukan puasa demi kelangsungan hidupnya. Selama mengerami telur, ayam harus berpuasa. Demikian pula ular, berpuasa baginya untuk menjaga struktur kulitnya agar tetap keras terlindung dari sengatan matahari dan duri hingga ia tetap mampu melata di bumi. Ulat-ulat pemakan daun pun berpuasa, jika tidak ia tak kan lagi menjadi kupu-kupu dan menyerbuk bunga-bunga. Jika berpuasa merupakan sunnah thobiiyyah (sunnah kehidupan) sebagai langkah untuk tetap survive, mengapa manusia tidak? Terlebih lagi jika kewajiban puasa diembankan kepada umat Islam, tentu saja memikili makna filosofis dan hikmah tersendiri. Karena, ternyata puasa bukan hanya menahan dari segala sesuatu yang merugikan diri sendiri atau orang lain, melainkan merefleksikan diri untuk turut hidup berdampingan dengan orang lain secara harmonis, memusnahkan kecemburuan sosial serta melibatkan diri dengan sikap tepa selira dengan menjalin hidup dalam kebersamaan, serta melatih diri untuk selalu peka terhadap lingkungan.

Rahasia-rahasia tersebut ternyata ada pada kalimat terakhir yang teramat singkat pada ayat 183 surah al-Baqarah. Allah swt memerintahkan: "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa". (QS. Al-Baqarah:183). Allah swt mengakhiri ayat tersebut dengan "agar kalian bertakwa". Syekh Musthafa Shodiq al-Rafiie (w. 1356 H/1937 M) dalam bukunya wahy al-Qalam mentakwil kata "takwa" dengan ittiqa, yakni memproteksi diri dari segala bentuk nafsu kebinatangan yang menganggap perut besar sebagai agama, dan menjaga humanisme dan kodrati manusia dari perilaku layaknya binatang.

Dengan puasa, manusia dapat menghindari diri dari bentuk yang merugikan diri sendiri dan orang lain, sekarang atau nanti. Generasi kini atau esok. Dalam ibadah puasa, Islam memandang sama derajat manusia. Mereka yang memiliki dolar, atau yang mempunyai sedikit rupiah, atau orang yang tak memiliki sepeserpun, tetap merasakan hal yang sama: lapar dan haus. Jika sholat mampu menghapus citra arogansi individual manusia diwajibkan bagi insan muslim, haji dapat mengikis perbedaan status sosial dan derajat umat manusia diwajibkan bagi yang mampu, maka puasa adalah kefakiran total insan bertakwa yang bertujuan mengetuk sensitifitas manusia dengan metode amaliah (praktis), bahwasanya kehidupan yang benar berada di balik kehidupan itu sendiri.

Dan kehidupan itu mencapai suatu tahap paripurna manakala manusia memiliki kesamaan rasa, atau manusia "turut merasakan" bersama, bukan sebaliknya. Manusia mencapai derajat kesempurnaan (insan kamil) tatkala turut merasakan sensitifitas satu rasa sakit, bukan turut berebut melampiaskan segala macam hawa nafsu. Dari sini puasa memiliki multifungsi. Setidaknya ada tiga fungsi puasa: tazhib, tadib dan tadrib. Puasa adalah sarana untuk mengarahkan (tahzib), membentuk karakteristik jiwa seseorang (tadib), serta medium latihan untuk berupaya menjadi manusia yang kamil dan paripurna (tadrib), yang pada esensinya bermuara pada tujuan akhir puasa: takwa. Takwa dalam pengertian yang lebih umum adalah melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Takwa dan kesalehan sosial adalah dua wajah dari satu keping mata uang yang sama, mengintegral dan tak dapat dipisahkan. Ada sejenis kaidah jiwa, bahwasanya "cinta" timbul dari rasa sakit. Di sinilah letak rahasia besar sosial dari hikmah berpuasa.

Dengan jelas dan akurat, Islam melarang keras segala bentuk makanan, minuman, aktivitas seks, penyakit hati dan ucapan merasuki perut dan jiwa orang yang berpuasa. Dari lapar dan dahaga, betapa kita dapat merasakan mereka yang berada di garis kemiskinan, manusia papa yang berada di kolong jembatan, atau kaum tunawisma yang kerap berselimutkan dingin di malam hari atau terbakar terik matahari di siang hari. Ini adalah suatu sistem, cara praktis melatih kasih sayang jiwa dan nurani manusia. Adakah cara yang paling efektif untuk melatih cinta? Bukankah kita tahu bahwa selalu ada dua sistem yang saling terkait: yang melihat dan yang buta, yang cendikia dan yang awam, serta yang teratur dan yang mengejutkan. Jika cinta antara orang kaya yang lapar terhadap orang miskin yang lapar tercipta, maka untaian hikmah kemanusiaan di dalam diri menemukan kekuasaannya sebagai "sang mesias", juru selamat. Orang yang berpunya dan hatinya selalu diasah dengan puasa, maka telinga jiwanya mendengar suara sang fakir yang merintih. Ia tidak serta merta mendengar itu sebagai suara mohon pengharapan, melainkan permohonan akan sesuatu hal yang tidak ada jalan lain untuk disambut, direngkuh dan direspon akan makna tangisannya itu. Orang berpunya akan memaknai itu semua atas pengabdian yang tulus, iimaanan wa ihtisaaban. Semua karena Allah, karena hanya Dia Sang pemilik segalanya. * Dewan Eksekutif Sanggar Kinanah, sedang menempuh S1 al-Azhar university, jurusan Akidah dan Filsafat, Kairo. Bibliografi: 1. Al-Quran al-Karim, Departemen Agama. 2. Musthafa Shadiq al-Rafiie, wahy al-Qalam, Jilid II, maktabah al-Adab, 1936, Kairo. 3.Muhammad Ali al-Shobuni, Rowai al-Bayan fi Tafsir Ayat al-Ahkam.
Continue reading →
Selasa, 24 Desember 2013

Nik Aziz wajar lepas jawatan Mursyidul Am Hasan Ali

0 komentar


SHAH ALAM – Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendesak Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya melepaskan jawatannya sebagai Mursyidul Am Pas susulan kenyataannya mempertahankan kerjasama Pas dengan DAP.

Beliau yang dipecat oleh parti itu awal tahun ini berkata, Nik Aziz sewajarnya menyerahkan tanggungjawab itu kepada timbalannya, Datuk Dr Haron Din yang dilihat lebih berupaya dan berwibawa.

“Mungkin sudah sampai masanya sebelum nasi menjadi bubur, TGNA (Nik Aziz) memikirkan untuk menyerahkan tanggungjawab besar sebagai Mursyidul Am kepada timbalannya, yang saya yakin mempunyai kemampuan dan kewibawaan yang setara dengan beliau,” katanya dalam satu tulisan pada laman sosial beliau semalam.

Hasan berkata, "saya berpendapat demi untuk menjaga keutuhan dalam Pas dan menjadikan Pas terus berdarjat dan bermartabat sebagai custodian kepada perjuangan Islam, TGNA (Nik Aziz) perlu menoleh ke belakang untuk bermuhasabah."

Oleh itu katanya, sudah sampai masanya bagi Nik Aziz untuk merenung sejauh-jauhnya tentang kehadiran beliau dalam hierarki kepimpinan Pas sama ada benar-benar menguntungkan atau merugikan bukan sahaja Pas sebagai sebuah parti Islam tetapi yang lebih penting perjuangan Pas itu sendiri termasuklah imej, kehebatan dan keagungan Islam itu sendiri.

Kelmarin, Mursyidul Am Pas mengeluarkan kenyataan menyatakan DAP tidak pernah mengganggu Pas, malah beliau menegaskan kerjasama antara dua parti itu perlu untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
Continue reading →

Negeri pentabiran PR akan didesak laksana hudud

0 komentar
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

SHAH ALAM – Usul supaya negeri-negeri di bawah pentabiran PR melaksanakan hudud akan dibentangkan pada Muktamar Pas ke-59, demikian ujar Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya, usul tersebut akan terus dibahas diperingkat Pas Pusat sehingga menemui resolusi sekaligus akan dibawa ke peringkat Dewan Rakyat.

Beliau menambah, Pas telah menerima empat usul berhubung isu pelaksanaan undang-undang syariat Islam termasuk hukum hudud pada muktamar kali ini.

"Dalam muktamar itu juga kita akan desak negeri-negeri yang dikuasai PR melaksanakan undang-undang itu, " katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, Kerajaan Kelantan akan memperuntukan RM 1 juta untuk melaksanakan hukum tersebut.

Susulan itu, ahli  Majlis Tertinggi Umno yang juga Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa turut menyambut baik perkara tersebut dan menegaskan parti bukan Islam lain tidak perlu masuk campur dalam perkara tersebut.

Dalam perkembangan sama, Tuan Ibrahim yang juga Pengerusi Usul berkata, resolusi yang diperolehi daripada perbahasan usul hudud pada muktamar akan diteruskan ke peringkat Kerajaan Pusat.

"Selepas kita berbahas usul itu pada muktamar kita akan hantar memorandum mendesak  Kerajaan Pusat memberi laluan kepada sistem perundangan Islam itu," katanya.

Selain itu, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pahang berkata Pas turut menerima usul untuk membincangkan isu Tahaaluf Siyaasi  pada muktamar tersebut.

"Kita juga telah menerima tiga atau empat kawasan yang menyerahkan usul untuk membahaskan isu Tahaluf Siyaasi.

"Jadi kita diperingkat Pusat telah terima dan akan dibahaskan di peringkat Pusat," ujarnya lagi.
Continue reading →
Senin, 23 Desember 2013

Bayi perempuan ditinggal di atas kerusi rotan

0 komentar

14 Sep 2013

Johor Bahru: Tangisan tanpa henti seorang bayi perempuan menyelamatkannya daripada ditimpa kejadian buruk selepas ditinggalkan di atas kerusi rotan di depan kediaman sepasang suami isteri warga Indonesia di Kampung Pemuda Jaya, Seelong, Senai di sini, 22 Jun lalu.

Pelindung Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kulaijaya Jamalluddin Hassan berkata, bayi berkenaan ditemui pada jam 1.45 pagi oleh pasangan itu.

“Ketika ditemui, bayi perempuan berkenaan yang cukup sifat hanya dibalut dengan sehelai kain.


“Penghuni rumah itu hanya menyedari kehadiran bayi berusia sebulan itu selepas terdengar tangisannya,” katanya, semalam.

Jamaluddin berkata, bayi berkenaan kini berusia empat bulan dan dinamakan Izara Sofea.

Menurutnya, siasatan mendapati tiada dokumen kelahiran ditinggalkan bersama bayi berkenaan.
“Bayi itu kemudiannya dimasukkan ke Hospital Kulai sehingga 28 Jun bagi pemeriksaan kesihatan sebelum ditempatkan di Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Sinar Juita.

“Sehingga kini, tiada pihak tampil untuk menuntut Izara Sofea. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan warisnya diminta menghubungi Pegawai Kebajikan Masyarakat Kulaijaya Mohd Iskandar Abu Bakar di talian 07-662299,” katanya.
myMetro
Continue reading →

Penemuan Bunga Bangkai Bermata Dajjal Yang Memiliki Kekuatan Mistik

0 komentar
Setiap kemunculan peristiwa yang aneh, masyarakar kerap menghubungkannya dengan hal mistik atau gaib. Dan tidak dipungkiri masyarakat masih memercayai sesuatu yang berbau supranatural itu.
Seperti kemunculan bunga bangkai bermata dajal di Kampung Sawo RT 12 RW 04 Desa Cariu, Kecamatan Cariu, Kabupaten Bogor, Jawa Barat. Warga sekitar percaya bunga tersebut mengandung mistik.

Salah satu warga, Ratna Juwita mengatakan awalnya tidak percaya akan aroma mistik namun setelah orang pinter di kampungnya mengatakan bunga tersebut bermamfaat, Juwita baru mempercayainya. "Saat ini sudah ada ember yang berisi air buat minum para pengunjung," katanya kepada Okezone.

Menurut Ratna, dirinya percaya akan keanehan bunga tersebut. Pasalnya, baru pertama kali melihat bunga bangkai yang memiliki keanehan dengan muncul dua mata. Sementara itu kondisi di rumah Maijah, di mana bunga bangkai berada setiap harinya ramai dikunjungi warga. Agar bunga bangkai tersebut tidak dicuri, lokasinya dialiri aliran listrik dan dijaga setiap malamnya.

Sekadar diketahui, bunga bangkai dajal pertama kalinya diketahui Maijah (55), saat itu Maijah sedang membersihkan halaman rumahnya. Namun saat bersih-bersih tiba-tiba Maijah melihat bunga aneh yang tumbuh di samping rumahnya.

Melihat keanehan bunga bangkai tersebut, Maijah melaporkan temuannya ini kepada tetangganya serta Ketua RT setempat. Spontan, selang beberapa menit kemudian banyak warga sekitar yang berdatangan untuk menyaksikan secara langsung bunga aneh tersebut.


Continue reading →

Ular Legendaris Jepang Tsuchinoko

0 komentar
Ular Legendaris Jepang Tsuchinoko - Banyak sekali makhluk misterius yang ada di bumi ini. Dari sekian banyaknya ada yang keberadaannya telah terungkap dan ada yang masih menjadi misteri hingga saat ini. Salah satu makhluk misterius yang terkenal adalah Tsuchinoko. Tsuchinoko  merupakan ular misterius yang ada di bumi ini dan berasal dari Jepang.. Keberadaan Tsuchinoko sendiri masih belum dapat dibuktikan.

Bentuk Tsuchinoko seperti ular namun berperut gendut mirip botol atau pin boling dengan ekor yang kecil mirip ekor tikus. Hewan ini dilaporkan pernah “dilihat” saksi mata di berbagai tempat di Jepang, kecuali di Hokkaido dan Kepulauan Ryukyu. Hingga kini, tsuchinoko belum pernah berhasil ditangkap orang karena saksi mata menjadi takut, atau hewan ini lebih dulu melarikan diri.

Photobucket

Nama “Tsuchinoko” berasal dari nama lokal untuk “hewan” ini menurut penduduk daerah Kansai (Kyoto, Mie, Nara, dan Shikoku). Di daerah Kanto, penduduk menyebutnya sebagai bachihebi. Beberapa pemerintah daerah di Jepang menawarkan hadiah uang dalam jumlah besar bagi orang yang berhasil menangkap tsuchinoko. Hadiah uang sebesar 100 juta yen pernah ditawarkan kota Itoigawa, Prefektur Niigata.

Saksi mata yang mengaku pernah “melihat” tsuchinoko melaporkan ciri fisik dan tingkah laku sebagai berikut :
 -Dibandingkan dengan ular biasa, bagian perut sedikit agak gendut
-Kuat meloncat hingga sekitar 1 meter
-Suka minum sake
-Bisa berbunyi “chii”
-Bergerak dengan sangat cepat
-Cara bergerak seperti ulat atau menggulung diri sambil menggigit bagian ekor dan berputar bagaikan roda
-Dari mulut menyemburkan api.

Asal-usul :
-Alat-alat dari batu berbentuk ular yang mirip tsuchinoko ditemukan dari situs arkeologi zaman Jomon di Hida, Prefektur Gifu. Gambar yang mirip tsuchinoko juga ditemukan pada bagian luar tembikar berbentuk guci yang berasal dari situs arkeologi di Prefektur Nagano.
-Tsuchinoko dijelaskan sebagai dewa padang rumput dalam literatur klasik Kojiki yang ditulis pada abad ke-8.
 -Dalam ensiklopedia Wakan Sansai Zue asal zaman Edo, tsuchinoko ditulis dalam artikel berjudul Nozuchihebi

Ada 3 pendapat yang berbeda mengenai cara bergerak Tsuchinoko :

Berjalan dengan menggigit buntutnya
lalu berputar menggelinding kan tubuh nya.











Photobucket







Berjalan seperti ulat










Photobucket






Berjalan dengan menggoyangkan
tubuhnya ke kiri dan kanan







Photobucket








Hewan mistik dari cerita dongeng atau mitos Jepang sejak jaman dulu, rupanya sangat terkenal untuk dijadikan bahan pembicaraan.

Tsuchinoko mempunyai bentuk seperti ular dengan panjang antara 30-80 cm dengan bagian tengah tubuhnya lebih lebar dari kepalanya dan mempunyai taring juga racun yang sama dengan ular.

Berdasarkan cerita legenda, tsuchinoko mempunyai kemampuan berbicara dengan manusia dan cenderung sering berbohong. Beberapa juga percaya kalau Tsuchinoko menyukai alkohol dan sanggup meloncat sejauh 1 meter.

Apakah tsuchinoko benar-benar ada? Selama ini belum pernah ada orang yang mendapatkan bukti fisiknya, meskipun sudah ribuan orang dari seluruh Jepang melaporkan pernah melihatnya secara samar-samar.




Photobucket





sumber: www.wikipedia.org
Continue reading →
Minggu, 22 Desember 2013

Nak Tahu Macam Mana ‘Awang Hitam’ Kelentong Kita PDRM Ada Jawapannya

0 komentar

Nak Tahu Macam Mana ‘Awang Hitam’ Kelentong Kita? PDRM Ada Jawapannya.
Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini mengeluarkan panduan khas mengenai penipuan yang sering dilakukan warga Afrika kepada penduduk negara ini.
Dalam erti kata lain, kalau anda dihampiri warga Afrika yang menggunakan taktik seperti mana yang dinyatakan itu, berhati-hatilah supaya anda tidak menjadi mangsa mereka.
Modus operandi
a. Mangsa berkenalan dengan saspek melalui internet
(chatting/ e-mail)
Nak Tahu Macam Mana ‘Awang Hitam’ Kelentong Kita? PDRM Ada Jawapannya.
b. Saspek dan mangsa akan menjadi mesra dan sentiasa berhubung melalui internet dimana saspek akan membuat mangsa mempercayainya samada dalam cinta, persahabatan atau sesuatu urusan perniagaan / pelaburan sebelum menjanjikan sesuatu kepada mangsa.
Nak Tahu Macam Mana ‘Awang Hitam’ Kelentong Kita? PDRM Ada Jawapannya.
c. Setelah dapati mangsa mempercayainya, saspek memberitahu akan menghantar barangan cenderahati seperti laptop, barang kemas, mata wang asing atau modal pelaburan / perniagaan melalui perkhidmatan kourier kepada mangsa.
d. Mangsa akan dihubungi oleh saspek yang menyamar sebagai pegawai kastam KLIA atau pekerja syarikat kourier dan diminta masukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank yang diberikan oleh saspek sebagai wang proses penghantaran. Setelah wang dimasukkan, mangsa tidak menerima barangan seperti yang dijanjikan dan saspek tidak dapat dihubungi lagi.
e. Kebanyakan saspek kes ini telah menggunakan akaun bank orang lain.
Jumlah kes penipuan African scam (penipuan melalui email) yang dilaporkan pada tahun 2012 (Januari hingga Ogos) ialah 41 kes.
Nasihat :
Orang ramai dinasihat supaya jangan mempercayai hubungan percintaan / perniagaan di dalam dunia siber tanpa pernah menjumpai. Jangan tamak apabila ditawarkan barangan atau bungkusan yang ditawarkan oleh saspek kononnya barangan kemas dan wang tunai. – Facebook PDRM
Continue reading →