Pages

Tampilkan postingan dengan label anak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label anak. Tampilkan semua postingan
Selasa, 31 Desember 2013

Sedih! Seorang Anak Tergamak BUNUH dan CINCANG Ibu

0 komentar
 NEW YORK -
 Seorang lelaki didakwa bertindak kejam menikam ibunya hingga mati
di New York, Amerika Syarikat.

Jurucakap polis tempatan berkata, Bashid McLean, 23, dipercayai anak kepada wanita berkenaan turut memotong bahagian anggota mangsa menjadi bahagian kecil.

“Mayat Tanya Byrd, ditemui berhampiran Stadium Yankee di Bronx selepas sekumpulan anjing mengerumuni cebisan anggota mangsa," katanya.

Menurutnya, terdapat beberapa bahagian tubuh, kepala, kaki, tangan dan kaki dijumpai.

Beliau berkata, seorang individu diburu dipercayai mempunyai kaitan dalam pembunuhan kejam itu.

“Motif  pembunuhan belum diketahui tetapi lelaki berkenaan dilaporkan mempunyai masalah mental dan pernah bertindak agresif,” katanya.

Media tempatan melaporkan, kakak Byrd sebagai berkata, adiknya berang selepas dipaksa tinggal di pusat penjagaan mental manakala ibunya pula mempunyai masalah ketagihan dadah.
Sumber
Continue reading →
Selasa, 17 Desember 2013

Ibu beragama Hindu menang kes tentukan agama anak lepas suami peluk Islam

0 komentar

Oleh RITA JONG
July 25, 2013

Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini membenarkan permohonan seorang guru tadika, M Indira Gandhi untuk membatalkan tiga sijil pendaftaran kelahiran anaknya yang diperolehi bekas suaminya selepas lelaki itu menukar agama semua anak mereka kepada Islam.

Suruhanjaya Kehakiman Lee Swee Seng dalam keputusannya berkata, bapa kepada anak itu berhak menukar agama tetapi beliau tidak boleh mengambil hak anak dan ibu berkenaan terhadap kebebasan agama.

Lee turut memerintahkan kedua-dua ibu bapa perlu mempunyai hak untuk memutuskan pertukaran agama anak mereka.
Lee membenarkan permohonan kehakiman Indira tanpa perintah kos.
Indira memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 2009 untuk membatalkan ketiga-tiga sijil yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak, selepas suaminya ketika itu, K Patmanathan menukarkan agama mereka tanpa pengetahuan Indira.

Patmanathan memeluk Islam pada Mac 2009 dan kini dikenali sebagai Mohd Ridzuan Abdullah. - 25 Julai, 2013.
The Malaysian Insider
Continue reading →