Pages

Tampilkan postingan dengan label kanak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kanak. Tampilkan semua postingan
Senin, 30 Desember 2013

TV Pendidikan Israel Mengajar Kanak Kanak Israel Untuk Membenci Islam

0 komentar

1996,Televisyen Israel (Yahudi) Channel 1 pernah menyiarkan rancangan TV Pendidikan dimana guru mengajar anak muridnya menyanyi dengan diiringi sebuah piano, lirik lagunya adalah:

“Makanan paling sedap daging orang Arab, minuman paling sedap darah orang Islam”
Ya, itulah yang tertulis pada subtitle rancangan tersebut.


Kanak-kanak semuda 3 dan 4 tahun, diajar menyanyikan lagu tersebut dengan penuh keceriaan dan kegembiraan.
  

Gambar di ATAS adalah ’surat cinta’ kanak-kanak Yahudi yang menjalani proses pembelajaran yang sama. Mereka melakar ‘mesej cinta’ itu pada peluru dan bom yang bakal dihantar kepada penpal mereka di seberang sempadan.

 
Gambar di atas ini pula kanak-kanak palestin yang terpaksa dilatih menjadi pejuang tanahair sejak kecil.

Dari balik tembok, anak-anak Yahudi ini mengucapkan “salam” kepada rakan Palestin dan Lebanon mereka, moga dipanjangkan usia, bukan di dunia, tapi di alam kematian yang hitam.

sumber: http://cintaalaqsa.blogspot.com
Continue reading →
Minggu, 15 Desember 2013

Impian Kanak Kanak Jadi Polis ‘Pilot’ Tertunai

0 komentar

BANDAR SUNWAY – Hasrat seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun menjadi juruterbang tercapai apabila dia dibawa mengelilingi kawasan Petaling Jaya dan Kuala Lumpur menaiki helikopter selama setengah jam, Khamis lalu.

Chong Jun Kit, yang bertarung nyawa melawan penyakit otot dihidapinya, diterbangkan dengan ketinggian 1,000 kaki untuk memenuhi impiannya dalam satu program anjuran pusat beli-belah Sunway Pyramid dan Persatuan Impian Kanak-kanak Malaysia (CWS).

Jun Kit yang ditemani bapanya Chong Kon Hong; Ketua Pegawai Operasi Pusat Beli-belah Sunway, Kevin Tan dan Naib Presiden CWS Malaysia, Teoh Teik Hoong diberi peluang melihat beberapa bangunan tertinggi di Kuala Lumpur dan seluruh kawasan Sunway.

Dalam program sama, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Yahaya Ramli menerima tabik hormat khas daripada seorang kanak-kanak menghidap penyakit sama yang menanam impian menjadi anggota polis.

Elvin Raj yang disarungkan pakaian uniform kadet polis selepas itu dibawa menaiki kereta polis mengelilingi Bandar Sunway dengan bunyi siren sepanjang jalan.

Dia yang kelihatan lemah kerana sukar mengangkat kepalanya hanya tersenyum apabila ditanya sama ada menikmati tugasnya sebagai ‘pegawai polis’.

Presiden CWS, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, dalam program itu pihaknya turut menunaikan impian empat lagi kanak-kanak lain yang mengidap pelbagai penyakit kronik.

Jelasnya, CWS sudah membelanjakan hampir RM1.5 juta sejak lima tahun lalu bagi memenuhi impian lebih 300 kanak-kanak yang menghidap sakit kronik di seluruh negara.

“Kami menjelajah hampir setiap sudut di seluruh negara bagi membawa kegembiraan kepada kanak-kanak yang menderita sakit tidak mempunyai harapan untuk sembuh.

Ia mampu dilakukan dengan bantuan rakyat Malaysia yang pemurah dan sentiasa memberi sumbangan kewangan bagi menjayakan aktiviti amal,” katanya. – Sinar Harian
Continue reading →