Pages

Tampilkan postingan dengan label negeri. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label negeri. Tampilkan semua postingan
Sabtu, 08 Maret 2014

PR perintah Kedah rata padang Najib ceramah mai BN sekat habis! Ni negeri demokrasi ka negeri Komunis

0 komentar


MUKHRIZ DAH JADI KADOK NAIK JUNJUNG!

Masa Pakatan perintah Kedah PM Datuk Seri Najib pernah datang berceramah politik di Stadium Sultan Abdul Halim, Stadium Mini Guar Chempedak, Stadium Mini Pendang... Stadium Sultan Abd Halim Suka Menanti paling banyak program anjuran UMNO, BN dan Perkasa pun pernah mai ceramah. Datuk Mat Bashah pernah buat program kat Dewan KUIN Mergong, BN Kedah banyak kali buat program dalaman parti depa kat Dewan Wawasan, Jitra, Dewan City Plaza MBAS. Kalau BN guna semua tu kena bayar sewa, PR yang jadi kerajaan pun bayar sewa jugak... yang penting kerajaan PR dulu tak pernah halang mana-mana pihak anjur program politik masing-masing sebab itu model demokrasi yang nak dipamerkan.

Tok Mat Bashah sepanjang 5 tahun jadi ADUN pembangkang dulu jadikan premis penghulu mukim Mergong, pun kerajaan negeri tak pernah halau. Sebahagian besar balairaya milik kerajaan negeri dipegang oleh JKKKKKKP kerajaan negeri tak kalut ambik balik, sebab tak mau kecoh-kecoh.
Tapi mai Mukhriz perintah dua minggu dah mula jadi Kaduk Naik Junjong, memijak mati terus lunas-lunas demokrasi di negeri ini. PR nak sewa padang Stadium Suka Menanti untuk buat himpunan, tolak mentah-mentah.

Malang rakyat Kedah, depa harap bila berubah kerajaan keadaan bertambah baik rupanya sedang menuju pemerintahan kuku besi.. awat hangpa nak perintah negeri ni ala komunis ka hapa?? [KedahLa]
Continue reading →
Selasa, 24 Desember 2013

Negeri pentabiran PR akan didesak laksana hudud

0 komentar
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

SHAH ALAM – Usul supaya negeri-negeri di bawah pentabiran PR melaksanakan hudud akan dibentangkan pada Muktamar Pas ke-59, demikian ujar Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya, usul tersebut akan terus dibahas diperingkat Pas Pusat sehingga menemui resolusi sekaligus akan dibawa ke peringkat Dewan Rakyat.

Beliau menambah, Pas telah menerima empat usul berhubung isu pelaksanaan undang-undang syariat Islam termasuk hukum hudud pada muktamar kali ini.

"Dalam muktamar itu juga kita akan desak negeri-negeri yang dikuasai PR melaksanakan undang-undang itu, " katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, Kerajaan Kelantan akan memperuntukan RM 1 juta untuk melaksanakan hukum tersebut.

Susulan itu, ahli  Majlis Tertinggi Umno yang juga Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa turut menyambut baik perkara tersebut dan menegaskan parti bukan Islam lain tidak perlu masuk campur dalam perkara tersebut.

Dalam perkembangan sama, Tuan Ibrahim yang juga Pengerusi Usul berkata, resolusi yang diperolehi daripada perbahasan usul hudud pada muktamar akan diteruskan ke peringkat Kerajaan Pusat.

"Selepas kita berbahas usul itu pada muktamar kita akan hantar memorandum mendesak  Kerajaan Pusat memberi laluan kepada sistem perundangan Islam itu," katanya.

Selain itu, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pahang berkata Pas turut menerima usul untuk membincangkan isu Tahaaluf Siyaasi  pada muktamar tersebut.

"Kita juga telah menerima tiga atau empat kawasan yang menyerahkan usul untuk membahaskan isu Tahaluf Siyaasi.

"Jadi kita diperingkat Pusat telah terima dan akan dibahaskan di peringkat Pusat," ujarnya lagi.
Continue reading →