Pages

Tampilkan postingan dengan label ni. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ni. Tampilkan semua postingan
Sabtu, 08 Maret 2014

PR perintah Kedah rata padang Najib ceramah mai BN sekat habis! Ni negeri demokrasi ka negeri Komunis

0 komentar


MUKHRIZ DAH JADI KADOK NAIK JUNJUNG!

Masa Pakatan perintah Kedah PM Datuk Seri Najib pernah datang berceramah politik di Stadium Sultan Abdul Halim, Stadium Mini Guar Chempedak, Stadium Mini Pendang... Stadium Sultan Abd Halim Suka Menanti paling banyak program anjuran UMNO, BN dan Perkasa pun pernah mai ceramah. Datuk Mat Bashah pernah buat program kat Dewan KUIN Mergong, BN Kedah banyak kali buat program dalaman parti depa kat Dewan Wawasan, Jitra, Dewan City Plaza MBAS. Kalau BN guna semua tu kena bayar sewa, PR yang jadi kerajaan pun bayar sewa jugak... yang penting kerajaan PR dulu tak pernah halang mana-mana pihak anjur program politik masing-masing sebab itu model demokrasi yang nak dipamerkan.

Tok Mat Bashah sepanjang 5 tahun jadi ADUN pembangkang dulu jadikan premis penghulu mukim Mergong, pun kerajaan negeri tak pernah halau. Sebahagian besar balairaya milik kerajaan negeri dipegang oleh JKKKKKKP kerajaan negeri tak kalut ambik balik, sebab tak mau kecoh-kecoh.
Tapi mai Mukhriz perintah dua minggu dah mula jadi Kaduk Naik Junjong, memijak mati terus lunas-lunas demokrasi di negeri ini. PR nak sewa padang Stadium Suka Menanti untuk buat himpunan, tolak mentah-mentah.

Malang rakyat Kedah, depa harap bila berubah kerajaan keadaan bertambah baik rupanya sedang menuju pemerintahan kuku besi.. awat hangpa nak perintah negeri ni ala komunis ka hapa?? [KedahLa]
Continue reading →
Senin, 03 Maret 2014

VIDEO Sedih Betul Adik Ni Bila Ali Rustam Kalah…

0 komentar
Sedih Betul Akak Ni Bila Ali Kalah...


Kita semua ada pemimpin yang disayangi dan dihormati… ada yang hormat kerana taksub, ada yang hormat kerana jasanya…macam-macamlah.
Video ini memperlihatkan bagaimana seorang yang cukup mengagumi bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam atau Pak Ali.
Dia kelihatannya cukup sedih bila mengenangkan kekalahan Pak Ali tempoh hari.
Mungkin akan ada yang ‘sinis’, tetapi kita harus terima setiap orang ada hak untuk menyatakan apa yang dia rasa.
Sekurang-kurangnya dia tak kacau orang, bukan segelintir daripada kita yang sampai nak turun berdemo di jalan raya semata-mata kecewa kerana pemimpin mereka ‘tumbang’.
Rilekslah dik, pemimpin datang dan pergi. Itulah lumrah dalam politik.
Kalau sayang sangat kat Pak Ali, doakanlah agar beliau dan keluarganya sentiasa dirahmati Allah SWT.
Jangan sedih-sedih ye…

Continue reading →