Pages

Tampilkan postingan dengan label ali. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ali. Tampilkan semua postingan
Senin, 03 Maret 2014

VIDEO Sedih Betul Adik Ni Bila Ali Rustam Kalah…

0 komentar
Sedih Betul Akak Ni Bila Ali Kalah...


Kita semua ada pemimpin yang disayangi dan dihormati… ada yang hormat kerana taksub, ada yang hormat kerana jasanya…macam-macamlah.
Video ini memperlihatkan bagaimana seorang yang cukup mengagumi bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam atau Pak Ali.
Dia kelihatannya cukup sedih bila mengenangkan kekalahan Pak Ali tempoh hari.
Mungkin akan ada yang ‘sinis’, tetapi kita harus terima setiap orang ada hak untuk menyatakan apa yang dia rasa.
Sekurang-kurangnya dia tak kacau orang, bukan segelintir daripada kita yang sampai nak turun berdemo di jalan raya semata-mata kecewa kerana pemimpin mereka ‘tumbang’.
Rilekslah dik, pemimpin datang dan pergi. Itulah lumrah dalam politik.
Kalau sayang sangat kat Pak Ali, doakanlah agar beliau dan keluarganya sentiasa dirahmati Allah SWT.
Jangan sedih-sedih ye…

Continue reading →
Selasa, 24 Desember 2013

Nik Aziz wajar lepas jawatan Mursyidul Am Hasan Ali

0 komentar


SHAH ALAM – Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendesak Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya melepaskan jawatannya sebagai Mursyidul Am Pas susulan kenyataannya mempertahankan kerjasama Pas dengan DAP.

Beliau yang dipecat oleh parti itu awal tahun ini berkata, Nik Aziz sewajarnya menyerahkan tanggungjawab itu kepada timbalannya, Datuk Dr Haron Din yang dilihat lebih berupaya dan berwibawa.

“Mungkin sudah sampai masanya sebelum nasi menjadi bubur, TGNA (Nik Aziz) memikirkan untuk menyerahkan tanggungjawab besar sebagai Mursyidul Am kepada timbalannya, yang saya yakin mempunyai kemampuan dan kewibawaan yang setara dengan beliau,” katanya dalam satu tulisan pada laman sosial beliau semalam.

Hasan berkata, "saya berpendapat demi untuk menjaga keutuhan dalam Pas dan menjadikan Pas terus berdarjat dan bermartabat sebagai custodian kepada perjuangan Islam, TGNA (Nik Aziz) perlu menoleh ke belakang untuk bermuhasabah."

Oleh itu katanya, sudah sampai masanya bagi Nik Aziz untuk merenung sejauh-jauhnya tentang kehadiran beliau dalam hierarki kepimpinan Pas sama ada benar-benar menguntungkan atau merugikan bukan sahaja Pas sebagai sebuah parti Islam tetapi yang lebih penting perjuangan Pas itu sendiri termasuklah imej, kehebatan dan keagungan Islam itu sendiri.

Kelmarin, Mursyidul Am Pas mengeluarkan kenyataan menyatakan DAP tidak pernah mengganggu Pas, malah beliau menegaskan kerjasama antara dua parti itu perlu untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
Continue reading →