Harakahdaily, | 26 Sep 2012 |
(Pandangan Cina tentang hudud hasil kajian UM)
KUALA LUMPUR: Kajian oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) yang bertajuk Pola Pengundian Menjelang Pilihanraya Umum ke-13 semalam mengesahkan bahawa MCA dan medianya telah gagal dalam memainkan isu hudud.
Ditanya samada mereka merasakan hudud adalah adil untuk semua, 42% respondan Cina menyatakan ya. Hanya 14 peratus Cina tidak bersetuju dan manakala satu perempat daripadanya menyatakan tidak pasti.
Respondan seterusnya ditanya samada pelaksanaan hudud boleh menjadi penyelesaian kepada peningkatan jenayah, 41% respondan Cina berkata ya manakala 32% menyatakan tidak pasti. Dalam kalangan orang India, separuh daripada mereka tidak pasti, manakala hanya 23% tidak setuju.
Hampir separuh respondan Cina tidak bersetuju atau tidak pasti dengan kenyataan samada hukum hudud boleh dilaksanakan di Malaysia kerana kepelbagaian etnik dan budaya. Akan tetapi, kenyataan yang sama mendapat sokongan satu pertiga orang Melayu, beragama Islam.
(Ini satu lagi keputusan kajian um)
seterusnya di sini