Pages

Minggu, 16 Februari 2014

Pekerja Binaan Maut Bangunan Kedai Runtuh

0 komentar



SANDAKAN – Seorang pekerja binaan maut apabila bangunan kedai dua tingkat yang masih dalam pembinaan di IJM Batu 6 dekat sini runtuh semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rowell Marong berkata, mangsa dikenali sebagai Mustafa Mustamin, 20, seorang pendawai elektrik.

Beliau berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.45 petang dan diklafikasikan sebagai kemalangan.
Mangsa dihantar ke Hospital Duchess Of Kent untuk bedah siasat.

“Mengikut laporan yang diterima, mangsa berada di atas bangunan kedai tersebut sebelum runtuhan berlaku dan kehilangan mangsa hanya disedari sepupunya.

“Kehilangan mangsa disedari pada pukul 8 malam dan memaklumkannya kepada pihak bomba dan penyelamat,” katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jemishin Ujin berkata, pihaknya yang menghantar 19 anggota bersama dua jentera dan sebuah kenderaan pelbagai guna mengesan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan konkrit pada pukul 10.04 malam dan berjaya mengeluarkan mangsa pada jam 10.23 malam. – BERNAMA

Leave a Reply