Pages

Sabtu, 21 Desember 2013

Pelik ! Ritual Tebus Dosa Di Filipina

0 komentar

 



Continue reading →

Dr Asri Ustaz Dibayar Seratus Dua Artis Bercakap Pasal Islam Dibayar Beribu…

0 komentar
Dr. Asri: Ustaz Dibayar Seratus Dua, Artis Bercakap Pasal Islam Dibayar Beribu...


Nampak kebelakangan ini, perbezaan politik bukan lagi membawa kepada pertarungan minda dan tawaran khidmat pengurusan pentadbiran yang lebih baik, tetapi pertarungan siasah di negara ini telah menyuburkan akhlak yang buruk dan kehilangan adab sopan.
Ada yang tunjuk kemaluan pada gambar pemimpin tertentu, ada yang kencing ke atas gambar pemimpin yang lain, ada pula yang baling kasut ke dalam masjid, tarian punggung dan pelbagai lagi. Para pemimpin politik kita ini mungkin terlalu sibuk berkempen sehingga lupa untuk mengajar adab sopan sebagai insan kepada para pengikut mereka.
Fatwa Artis
Di celahan itu yang menarik hari ini artis-artis yang baru masuk politik sehari dua pun seakan sudah menjadi ‘sarjana Islam’. Mula mengeluarkan hukum ke atas orang lain.
Sambutannya hebat. Modalnya bukan ilmu, tapi ‘wajah dan penampilan’ yang memikat penganjur. Jika ‘ustaz’ dibayar seratus dua, tetapi artis yang bercakap Islam dibayar beberapa ribu ringgit satu ceramah. Namun jika artis lelaki, ataupun artis wanita yang ‘kurang comel’, tidaklah seberapa sambutan dan bayarannya.
Kita hendaklah tahu seperti yang disebut oleh para sarjana Islam, bab politik islami bukan mudah untuk dihuraikan. Politik memerlukan kefahaman tentang maslahah dan maqasid syarak. Suatu ilmu yang memerlukan banyak latar pengetahuan yang baik. Namun, jika artis masuk parti politik, segala kesarjanaan itu seakan diberikan kepadanya. Ini memang tanda-tanda akhir zaman.
“Sesungguhnya sebelum kedatangan dajjal-dalam riwayat yang lain: sebelum kiamat- adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh. Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” Hadith ini diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Ya’la, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti, dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih.dan ini disetujui oleh Al-Zahabi.
Bukan salah artis berceramah dan berkongsi pengalaman. Mereka yang berubah memang dialu-alukan. Namun setiap orang kena tahu kadar pengetahuannya mengenai apa yang dia perkatakan. Jangan cepat simpulkan hukum sedangkan anda bukan ahlinya.
Apapun, politik kita memang ajaib. ‘Macam-macam ada’ dan semua boleh. Dulu ada orang cakap, asal barang jadi duit, kita ambil. Hari ini, asal barang jadi politik, kita angkut
Disiplin
Kehidupan ini bukan segala-galanya politik untuk kita menggadaikan segala adab dan kesopanan hanya kerana politik. Insan itu walau apapun kelemahan peribadinya, tetapi dia sepatutnya memiliki ketertiban dan kesopanan pergaulan yang diwarisi samada dari agama ataupun budaya.
Bahkan dalam Islam, dalam medan perang yang saling bunuh membunuh itu pun, adab dan akhlak yang baik dipertahankan. Disiplin mesti dipatuhi. Dalam hadis:
“Apabila Rasulullah s.a.w. mengirimkan pasukan tentera maka baginda bersabda: “Keluarlah kamu (medan jihad) dengan nama Allah, perangilah di jalan Allah sesiapa yang kufur dengan Allah. Jangan kamu melanggar perjanjian, jangan kamu mengkhianati harta rampasan perang, jangan kamu rosakkan mayat, jangan kamu bunuh kanak-kanak dan ahli-ahli rumah ibadat”. (Riwayat Ahmad, kata Ahmad Muhammad Syakir: “Sanad hadith ini hasan”).
Nilai pejuang rakyat itu apabila dia dapat mendisiplinkan dirinya dan menghiasi diri dengan budi dan sopan yang menyebabkan rakyat menjadikan ikutan. Justeru, kawalan diri sekalipun di hadapan musuh yang hendak membunuh antara nilai peradaban yang diajar oleh Islam.
Lihatlah apa yang Allah tegaskan kepada orang Islam yang berperang dengan musuh-musuh yang menyerang dan ingin membunuh mereka: (maksudnya):
“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas”.(Surah al-Baqarah 190).
Apakah politik ini lebih buruk dari medan perang darah sehingga kita hendak berlebih-lebih dalam perangai dan budi. Kita jangan lupa apa yang Nabi s.a.w bersabda:
“Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Orang politik lupa, pengikut yang ‘kurang ajar’ dan tidak beradab itu hari ini mereka biadap dengan musuh politik mereka, esok kebiadapan itu akan dihalakan pula kepada orang yang disokong pada hari ini.
Piawaian
Paling masalah apabila setiap pihak cuba bertindak membalas keburukan dengan keburukan. Jika kita berikan nasihat ‘mengapa awak londeh seluar dan tunjuk kemaluan kepada gambar pemimpin tertentu’, maka akan ada yang menjawab ‘mereka lagi teruk, ada macam-macam lagi yang mereka pun buat’.
Demikianlah puak-puak politik itu saling menghalalkan tindakan masing-masing atas nama keburukan lawan mereka. Apa yang pelik dalam masa yang sama masing-masing mendakwa mereka lebih baik dari lawan mereka.
Malangnya, apabila tiba masalah budi perangai, masing-masing memakai piawai yang setaraf dengan pihak lawan ataupun lebih teruk. Itu belum lagi datang ‘geng agama’ parti masing-masing yang akan mengeluarkan dalil untuk menghalalkan perangai buruk anggota dan penyokong masing-masing. Dalil agama dibaca bukan mengikuti kehendak Tuhan, tetapi kehendak parti!
Ustaz Muda
Apatah lagi jika ada pula ulama atau ustaz muda mana-mana parti yang baru kenal politik sehari dua, dan mungkin ghairah hendak menjadi calon maka segala dalil dibawa, segala sirah salafussoleh dibaca seakan-akan yang dipertahankan itu Abu Bakar al-Siddiq dan ‘Umar bin al-Khattab.
Dalil-dalil agama dipermainkan untuk kepentingan politik masing-masing. Apa yang terkena pada orang lain dibaca secara terang, yang terkena diri sendiri ditakwil dengan sejuta penafsiran. Jika parti lawan berkumpul untuk bantahan maka mereka namakan tunjuk perasaan dan dihukum haram. Kononnya, bukan amalan salafussoleh. Jika geng parti sendiri berkumpul dinamakan menyuarakan pendirian, hukumnya halal. Dimasukkan dalam amar makruf dan nahy munkar.
Maka perhimpunan di KL oleh parti lawan sibuk diharamkan dengan segala fatwa, tetapi di Jeli dan Gua Musang oleh parti sendiri didiamkan. Jika pemimpin kerajaan parti lain yang buat silap, ditegur dalam media dan ditulis surat terbuka. Namun jika pemimpin kerajaan parti sendiri buat salah, difatwakan haram bercakap kesalahan pemimpin di khalayak ramai, kena berbisik di telinga mereka.
Dalil-dalil agama dan nama salafussoleh dikhianati atas kedangkalan pengetahuan, ataupun kepentingan politik ‘orang muda agama’. Maka tidak pelik jika Allah menyifatkan golongan ulama yang menjual agamanya seperti anjing. Firman Allah:
“Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-’Araf: 175-176).
! - petikan dari blog drmaza.com
Continue reading →
Jumat, 20 Desember 2013

Kajian UM sahkan MCA gagal dalam isu hudud

0 komentar

Harakahdaily, 26 Sep 2012
 
(Pandangan Cina tentang hudud hasil kajian UM)

KUALA LUMPUR: Kajian oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya  Universiti Malaya (UMCEDEL) yang bertajuk Pola Pengundian Menjelang Pilihanraya Umum ke-13 semalam mengesahkan bahawa MCA dan medianya telah gagal dalam memainkan isu hudud.

Ditanya samada mereka merasakan hudud adalah adil untuk semua, 42% respondan Cina menyatakan ya. Hanya 14 peratus Cina tidak bersetuju dan manakala satu perempat daripadanya menyatakan tidak pasti.

Respondan seterusnya ditanya samada pelaksanaan hudud boleh menjadi penyelesaian kepada peningkatan jenayah, 41% respondan Cina berkata ya manakala 32% menyatakan tidak pasti. Dalam kalangan orang India, separuh daripada mereka tidak pasti, manakala hanya 23% tidak setuju.

Hampir separuh respondan Cina tidak bersetuju atau tidak pasti dengan kenyataan samada hukum hudud boleh dilaksanakan di Malaysia kerana kepelbagaian etnik dan budaya. Akan tetapi, kenyataan yang sama mendapat sokongan satu pertiga orang Melayu, beragama Islam.


(Ini satu lagi keputusan kajian um)

seterusnya di sini
Continue reading →

Juru Teknik Rumah Sakit Didakwa Kerana Nonton Film Porno Dekat Pesakit Jantung

0 komentar

Rabu, 15 ogos 2012
Ilustrasi : IST
Ilustrasi : IST
NEW YORK - Seorang Juru Teknik kardiovaskuler di salah satu rumah sakit di New York, Amerika Syarikat , didakwa kerana menonton film porno di dekat pesakit yang menjalani operasi jantung.Lelaki  itu didakwa oleh mantan stafnya sendiri.

Mantan juru teksnik  kardiovaskuler, Sandra Morris, mendakwa supervisornya Ahmet Cercioglu di Mahkamah Manhattan. Morris mengaku, dirinya sering melihat Cercioglu menonton film porno di teleponnya ketika  pasien sedang menjalani proses pembedahan  .

"Saya memergokinya sedang menonton video porno. Di lain hari, dia juga melakukan hal yang sama," ujar Morris, seperti dikutip New York Post, Rabu (15/8/2012).

Sebagai seorang teknision kardiovaskuler, Morris dan Cercioglu bertanggung jawab untuk menjaga mesin pompa jantung agar pesakit boleh bertahan hidup. Namun kelakuan Cercioglu yang kecanduan porno itu boleh  membahayakan pasien.

Morris mengatakan, Cercioglu sudah biasa melakukan hal itu di ruang operasi. Beberapa teknision kardiovaskuler juga sering membicarakan kelakuan Cercioglu.

Ketika para staf rumah sakit diberikan memo agar tidak membawa teleponya ke ruang operasi, beberapa staf lain mengganti tulisan "ponsel" di memo tersebut dengan kata
"porno." Hal itu ditujukan untuk menyindir Cercioglu yang kecanduan porno.

Morris pun mengklaim, dirinya dipecat dari rumah sakit itu kerana ikut mendakwa rumah sakit serta bosnya, Ricardo Lazala. Selama bekerja di rumah sakit itu, Morris yang beragama Yahudi kerap mendapat perlakuan yang buruk dari rakan-rakannya.(AUL)

Continue reading →

Peluang Melancong Bersama 5 Selebriti Popular

0 komentar

KUALA LUMPUR – Orang ramai bukan sahaja dapat bercuti keluar negara malah berpeluang menghabiskan masa dan mengenali lebih rapat artis kesayangan mereka seperti Zizan Razak, Johan As’ari, Izzue Islam, Imam Muda Ashraf dan Jaafar Onn melalui pakej percutian kendalian Safirgotravel.com.

Pengarah (Penjualan dan Pemasaran) agensi pelancongan itu, Muhamad Abd. Latif @ Ahmad Jazree Jazran berkata, promosi melancong bersama artis ini menawarkan lima destinasi menarik.

“Promosi melancong bersama artis ini bukan sahaja bercuti malam dapat bermesra dan layanan istimewa daripada artis kesayangan mereka.

“Kita juga tidak mengenakan harga yang tinggi kepada pakej istimewa ini, malah harga yang berpatutan seperti pakej biasa yang ditawarkan,” katanya pada sidang media pelancaran pakej pelancongan istimewa Safirgotravel, di sini, Isnin.

Beberapa negara seperti Abu Dhabi dan Dubai, Hongkong, Indonesia serta India dipilih mengikut kesesuaian selebriti masing-masing.

“Imam Muda Asyraf akan mengembara ke tanah Jawa dan akan melawat tempat-tempat istimewa Wali Singo dan tempat bersejarah pada 2 hingga 6 Disember depan, manakala Jaafar Onn akan melawat negara India dan mencari makanan-makanan terkenal di negara tersebut pada 6 hingga 11 Disember.

“Sementara Zizan Razak dan Johan akan mengembara dan melancong di Abu Dhabi dan Dubai dengan melawat tempat-tempat menarik di sana pada 17 Hingga 22 November depan,” katanya.

Sementara itu, Izzue Islam akan berhibur di kota keriangan Disneyland dan Macau selama enam hari lima malam pada 16 hingga 21 Disember.

Tambah Muhamad, segala kemudahan hotel dan penerbangan dipilih bertaraf empat bintang dan menjanjikan keselesaan kepada pelancong.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai harga boleh melayari laman web www.safirgotravel.com atau menghubungi 03-89204090. – mStar Online
Continue reading →
Kamis, 19 Desember 2013

Individu hantar Imam Mahadi ke JPM sudah dikesan

0 komentar

KUALA LUMPUR: Polis telah mengenalpasti individu yang bertanggungjawab menghantar seorang lelaki dan seorang wanita di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya, Isnin lepas sebelum mereka mengamuk.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata individu tersebut dikesan melalui siasatan polis sejurus selepas kejadian itu.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti individu terbabit kerana dikhuatiri akan menjejaskan siasatan.

"Kita sekarang sedang mencari pemilik kenderaan yang menghantar pasangan itu. Kita juga turut menyiasat latar belakang lelaki dan wanita yang mengamuk itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Pada hari berkenaan, Khalil Afandi Hamid, 47, yang mengaku dirinya "Imam Mahadi" dan pasangannya yang bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging mengamuk di perkarangan Kompleks B, JPM di Putrajaya.

Dalam kejadian 2.30 petang itu, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala wanita berkenaan, bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama.

kerengga

 -Bernama-
Continue reading →

Aneh Foto Foto Para Penjual Daging Monyet

0 komentar

  14 Ogos 2012
Di berbagai belahan dunia, banyak hewan-hewan yang seharusnya dilindungi malah diburu untuk dimatikan bahkan untuk dijadikan santapan manusia. Beberapa bulan yang lalu ada berita bahwa di negara lain menjadikan kelelawar sebagai bahan makanan, nyatanya di Indonesia juga seperti itu. Ada pula berita lain yang mengatakan bahwa beberapa bulan yang lalu pula ada Berang-berang Langka Dunia yang ditangkap untuk dijadikan makanan. sekarang berbeda lagi, lebih kejam! Mereka menangkap monyet dengan diburu dan dijual dagingnya!

Berikut Foto Foto Para Penjual Daging Monyet:
Meskipun daging monyet merupakan daging yang eksotis di bebepara negara, namun daging monyet dapat menyebabkan virus mematikan seperti Ebola.
 bodrex

Continue reading →