Pages

Kamis, 06 Maret 2014

VIDEO KLIA Riuh Rendah Bila Peminat Tegar Sambut Bintang K Pop…

0 komentar


VIDEO: KLIA Riuh Rendah Bila Peminat Tegar Sambut Bintang K-Pop...


Seperti yang kita sedia maklum, Samsung telah memilih Kuala Lumpur sebagai tuan rumah kepada 25 artis-artis ternama Korea bagi memeriahkan acara Samsung Galaxy The 27th Golden Disk Awards di sini.
Antara barisan artis yang sudah berada di Malaysia ialah Super Junior, Beast, Ft Island, Infinite, CN Blue, Miss A, Ai Lee dan BTOB.
Acara setanding Anugerah Grammy yang pertama kali diadakan di Asia Tenggara itu bakal berlangsung di Litar Sepang Antarabangsa di sini, selama dua hari bermula hari ini.
Pada majlis tersebut terdapat lebih 10 kategori anugerah, antaranya, Lagu Terbaik, Album Terbaik, Artis K-Pop Popular dan Anugerah Hip Hop Terbaik.
Dan sebaik saja para artis K-Pop ini tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), punyalah ramai peminat mereka menunggu di Balai Ketibaan.
Riuh rendah jadinya bila kelibat artis-artis berkenaan muncul.
Screen-Shot-2013-01-14-at-11.37.26-PM
Itu baru kat lapangan terbang, masa anugerah nanti tak tahulah…mahu histeria gamaknya peminat-peminat tu nanti.
2013-01-14_22.05.56
Di bawah ini klip masa kumpulan Super Junior tiba… salah jangan marah yea…penulis tak kenal sangat pun diaorang ni sebab macam ‘sepesen’ je masing-masing
2013-01-14_22.35.40_1
Muka pun dah macam seiras je semua…

Leave a Reply