KULIM - Gara-gara enggan berpisah dengan kekasih, seorang penuntut jurusan perubatan berusia 19 tahun mengambil keputusan untuk tinggal bersama kekasihnya.
Perlakuan ini kemudiannya diketahui keluarga mangsa dan bertindak membawa mangsa ke Balai Polis Kulim bersama teman lelakinya serta keluarganya.
Bagaimanapun apabila perbincangan diadakan antara teman lelaki dan keluarga mangsa, waris mangsa enggan membenarkan anak perempuan mereka tinggal bersama kekasihnya itu sebaliknya mengarahkan mereka berpisah.
Waris mangsa berkeras untuk membuat laporan polis. Kekasih mangsa yang bekerja sebagai operator kilang berkata, dia menjalinkan hubungan cinta bersama mangsa sejak tujuh tahun lalu.
“Kami berada di balai polis bukanlah kerana satu kesalahan yang besar. Ia hanya kerana masalah cinta sahaja. Saya menjalinkan hubungan cinta dengan mangsa sejak dia belajar di tingkatan dua.
"Saya sedar dia masih menuntut tetapi tidak salah kami menjalinkan hubungan ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Polis Kulim, Asisten Superintendan Mohd Azlan Abd Kadir meminta kedua-dua keluarga menyelesaikan masalah peribadi dihadapi di rumah.
Menurutnya, masalah seperti ini sering berlaku dan ia tidak melibatkan pelajar bawah umur. “Masalah cinta harus diselesaikan secara aman di rumah bukan di balai polis melainkan ia melibatkan perkara yang berunsurkan jenayah.