Pages

Senin, 17 Maret 2014

Gara Gara Difitnah Hanez Suraya Failkan Saman

0 komentar



Pelakon Hanez Suraya memfailkan saman terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Fairus Mohd Lazim di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, petang semalam.

Menerusi laporan di portal Gua.com.my, Hanez mendakwa dia telah difitnah dan diaibkan Fairus menerusi laman sosial seperti Instagram menerusi akaun ‘DashaSultan’ dan Twitter menerusi akaun ‘Dasha_Sultan’.

Selain itu, Fairus juga didakwa ada memburukkan pelakon Love You Mr. Arrogant itu kepada kawan-kawan yang lain, pihak media dan rakan-rakan artis. Hanez juga memberitahu dia mempunyai bukti semua dakwaan tersebut.

Laporan sama juga menyebut pada bulan Oktober lalu, Hanez ada menghantarkan surat sebelum tindakan ‘Letter of Demand’ kepada Fairus menerusi peguamnya. Namun begitu, Fairus enggan menandatangani salinan surat tersebut sebagai bukti dia telah menerima surat tersebut. Surat tersebut mengarahkan Mohd Fairus untuk membuat permohonan maaf kepada Hanez secara terbuka dalam masa 48 jam dari tarikh penerimaan surat tersebut.

Kemudian Fairus ada berjumpanya dan menyatakan hasrat untuk memohon maaf. Fairus telah memuat naik permohonan maaf menerusi akaun Instagram dan Twitter miliknya. Namun dakwa Hanez, dia kembali memfitnah dan mengaibkan diri pelakon itu.

Hanez menganggap perkara ini sangat serius kerana ianya membabitkan nama dan reputasinya sebagai seorang pelakon.

Bagaimanapun Fairus tidak menghadirkan diri ke Mahkamah Tinggi, semalam.

Sumber : Gua.com.my

Leave a Reply