Jumat, 31 Januari 2014
Kamis, 30 Januari 2014
Kisah Benar Di Sebalik Pembunuhan Pahlawan Negara
Kisah di bawah adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang anggota keselamatan yang terselamat. Kini beliau lumpuh ke dua belah tangannya kerana ditetak oleh pengganas Sulu di Lahad Datu. Nama beliau terpaksa dirahsiakan atas permintaan.
Kami terlebih dahulu ingin memohon maaf kepada semua pembaca yang mungkin tersinggung dengan kisah ini. Namun kami merasakan ianya perlu diceritakan supaya menjadi iktibar kepada semua bahawa apa yang berlaku bukan satu sandiwara sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak.
——————–
Dia ditembak, namun dia bernasib baik kerana tembakan itu tidak tepat kepadanya Sebaliknya tembakan itu tepat mengena Tuan Ibrahim. Tiba-tiba datang pengganas Sulu dengan parang lalu cuba menetak beliau beberapa kali. Dia menggunakan tangannya untuk menahan tetakkan menyebabkan jari-jari dan ke dua tangannya hampir putus.
Dia menceritakan bahawa sebenarnya yang meninggal cukup sifatnya hanyalah Superitenden Ibrahim. yang lain semuanya terkorban dalam keadaan yang amat ngeri. Pengganas seolah-olah hilang ingatan, walaupun ada anggota kita yang telah mati ditembak tetapi mereka datang lalu memenggal kepala dan merodok perut mayat dengan parang.
Dia menceritakan bahawa sebenarnya yang meninggal cukup sifatnya hanyalah Superitenden Ibrahim. yang lain semuanya terkorban dalam keadaan yang amat ngeri. Pengganas seolah-olah hilang ingatan, walaupun ada anggota kita yang telah mati ditembak tetapi mereka datang lalu memenggal kepala dan merodok perut mayat dengan parang.
Ada antara mayat anggota yang dipotong kaki tangannya. Malah dikoret mata jasad yang terbujur kaku itu.Mereka mahu pastikan musuh mereka benar-benar mati. Zalim dan kejam itu perkataan yang paling sesuai untuk perbuatan mereka.
Dia bernasih baik kerana dalam kesakitan itu, dia melarikan diri ke dalam rumah orang kampung. Dia juga dapat melihat mayat Tuan Ibrahim, diheret oleh seorang anggota yang terselamat ke dalam sebuah rumah yang lain. Dua puluh jam dia bertahan menunggu bantuan sehingga darahnya hampir kering. Dia dapat melihat dengan jelas bagaimana semut datang menghurung luka-lukanya. ALLAH MAHA BESAR, diturunkan hujan dan dia hanya minum air hujan itu.
Akhirnya dia diselamatkan. Ke dua-dua belah tangannya yang hampir putus telah dijahit semula. Namun sehingga kini dia masih tidak dapat menggerakkan tangannya itu.
Airmatanya berlinang, dia tidak akan melupakan peristiwa pasukannya diserang hendap tempoh hari. Dia juga tidak akan melupakan kekejaman yang dilakukan oleh pengganas-penggans itu. Mereka terlalu zalim.
Al-Fatihah buat Pejuang-pejuang yang yg pergi.. semoga arwah ditempatkan dikalangan para syuhada…SUMBER
Rabu, 01 Januari 2014
Tolak petisyen sebab teknikal Anwar gesa Ketua Hakim Negara campur tangan
OLEH MD IZWAN
July 29, 2013
July 29, 2013
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menggesa Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria campur tangan dalam isu petisyen pilihan raya ekoran keputusan mahkamah menolaknya tanpa alasan munasabah.
Ketua Pembangkang itu bimbang dengan penolakan petisyen pilihan raya yang kini sudah masuk 10 kes dengan alasan teknikal sedangkan mahkamah meletak jumlah kos yang tinggi setiap petisyen.
"Kadar penolakan petisyen atas alasan teknikal dan tindakan mahkamah mengenakan kos yang tinggi adalah tidak munasabah.
"Kami menggesa Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria campur tangan untuk menjawab perkara ini," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini. - 29 Julai, 2013.
The Malaysian Insider
Ismail Omar Duta Besar M’sia Ke Perancis Baru
KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dinamakan sebagai Duta Besar Malaysia ke Perancis yang baru.
Ismail merupakan antara enam Ketua Perwakilan Malaysia baru yang akan menerima Watikah Tauliah Pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara pada Jumaat.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan di sini Khamis berkata, PesuruhjayaTinggi Malaysia ke Australia Datuk Salman Ahmad dinamakan sebagai bakal Duta Besar Malaysia ke Jerman yang baru.
Datuk Rohana Ramli pula dinamakan sebagai bakal Duta Besar Malaysia ke Republik Korea, Datuk Awang Sahak Awang Salleh (bakal Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei), Raszlan Abdul Rashid (bakal Duta Besar Malaysia ke Kemboja) dan Jilid Kuminding@Zainuddin (bakal Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Papua New Guinea).
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa, Ismail mula menyertai Polis Diraja Malaysia pada tahun 1971 dan dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada September 2010 sehingga persaraan beliau pada 17 Mei lepas.
Salman merupakan pegawai kanan Kementerian Luar yang berkhidmat sejak tahun 1979 dan pernah menyandang beberapa jawatan penting antaranya Konsul Jeneral Malaysia ke Davao City, Filipina dari 1995 hingga 1998; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei (2001-2003) dan Duta Besar Malaysia ke Republik Czech (2005-2009).
Beliau juga pernah berkhidmat di beberapa Perwakilan Malaysia di luar negara termasuk di India, Jepun dan Thailand.
Rohana pula merupakan Timbalan Ketua Setiausaha Khidmat Pengurusan di Kementerian Luar dan berkhidmat dengan kerajaan sejak tahun 1984.
Beliau pernah menyandang beberapa jawatan penting antaranya Duta Besar Malaysia ke Argentina (2005-2008) dan berkhidmat di beberapa Perwakilan Malaysia di luar negara termasuk Perutusan Tetap Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva dan Kanada.
Awang Sahak berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Luar Bandar) dari Wageningen University, Netherlands merupakan bekas Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
Naib Presiden Persatuan Masyarakat Brunei Sabah dan Ahli Lembaga Pengarah DESA Cattle Sdn Bhd itu pernah berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Negeri Sabah dari 2003 hingga 2010.
Raszlan yang menyandang jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di India pula telah berkhidmat dengan Kementerian Luar sejak tahun 1987.
Beliau pernah menyandang beberapa jawatan penting antaranya Ketua Pegawai Perhubungan di Pejabat Perhubungan Malaysia di Pristina, Kosovo dari 2002 hingga 2005 dan Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Thailand (2005-2008).
Beliau juga pernah berkhidmat di beberapa Perwakilan Malaysia di luar negara termasuk di Indonesia dan Venezuela.
Konsul Jeneral Malaysia di Hong Kong, Jilid, berkhidmat dengan Kementerian Luar sejak tahun 1989 dan menyandang beberapa jawatan penting antaranya Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Maximus Ongkili dari 2004 hingga 2008, Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Luar pada masa itu Datuk Abdul Rahim Bakri (2008-2010) dan Setiausaha Bahagian Afrika dan Sub Sahara.
Beliau juga pernah berkhidmat di beberapa Perwakilan Malaysia di luar negeri termasuk di Sweden dan Namibia. – BERNAMA
Langganan:
Postingan (Atom)